PSmartPBD ProSyarat PenggunaanKembali
SmartPBD Pro oleh SmartApps.my

Syarat Penggunaan

Syarat ringkas ini menerangkan hak penggunaan akaun, tanggungjawab pengguna dan saluran bantuan SmartPBD Pro.

1. Tujuan aplikasi

SmartPBD Pro ialah alat catatan peribadi guru untuk mengurus rekod PBD serta menyediakan laporan dan bahan pembentangan Dialog Prestasi. Aplikasi ini bukan sistem rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia dan tidak menggantikan sistem pelaporan rasmi yang ditetapkan.

2. Lesen penggunaan peribadi

Setiap langganan diberikan kepada pemilik akaun untuk kegunaan peribadi. Pengguna boleh menggunakan akaun pada bilangan peranti peribadi yang dibenarkan dalam pelan langganan.

3. Perkara yang tidak dibenarkan

  • Berkongsi e-mel, kata laluan atau akses akaun dengan pihak lain.
  • Menjual semula, menyewakan atau memindahkan langganan tanpa kebenaran.
  • Mengedar salinan aplikasi, kod atau bahan akses kepada pihak lain.
  • Menggunakan akaun individu untuk penggunaan beramai-ramai atau organisasi.
  • Mengganggu, memintas atau menyalahgunakan kawalan akses dan keselamatan aplikasi.

4. Tanggungjawab terhadap data

Data kelas, murid dan catatan PBD disimpan pada peranti pengguna. Pengguna bertanggungjawab menjaga keselamatan peranti serta membuat sandaran berkala. SmartPBD Pro tidak dapat memulihkan data lokal yang terpadam tanpa fail sandaran pengguna.

5. Pertimbangan profesional guru

Semua Tahap Penguasaan, catatan, intervensi dan rumusan laporan kekal di bawah pertimbangan profesional guru. Analisis dan cadangan paparan dalam aplikasi bertujuan membantu penyusunan rekod, bukan menggantikan keputusan guru.

6. Penyalahgunaan dan penamatan akses

Akses boleh digantung atau ditamatkan jika berlaku perkongsian akaun, penjualan semula, pengedaran tanpa kebenaran atau pelanggaran keselamatan. Tindakan lanjut boleh diambil mengikut keadaan dan undang-undang yang terpakai.

7. Sokongan

Untuk pertanyaan atau bantuan, hubungi info@smartapps.my. Sertakan e-mel akaun, jenis peranti dan penerangan ringkas masalah untuk memudahkan semakan.

Ringkasan
✓

Akaun untuk pemilik langganan.

✓

Penggunaan pada peranti peribadi yang dibenarkan.

!

Tidak boleh dikongsi atau dijual semula.

↥

Buat sandaran data secara berkala.

Langgan SmartPBD Pro
© 2026 SmartPBD Pro oleh SmartApps.my